CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 31, 2013

POTATO SALAD

assalamuailaikum dan salam sejahtera semua~~~

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS


inilah bahan-bahan masakan pada minggu ini. ikut kuantiti dan sukatan dalam jadual yang di senaraikan di atas ya.


mula-mula sekali pilih ubi kentang yang berkualiti, basuh kulit sebersih-bersihnya dan rebus. rebus macam biasalah, masukkan air melebihi paras ubi kentang tersebut. (ubi kentang tenggelam la maksudnya). masak sehingga empuk. macam mana nak tau empuk ke x? senang je.. boleh test dengan garfu atau lidi. cucuk je.. kalau laju masuk dah ok tu.. dah masak boleh toskan tunggu dia sejuk, nanti senang sikit nak kupas kulitnya. ala..macam buat mash potato tu. tapi pastikan jangan terlalu empuk ya. nanti nak potong pun susah. hancur tak pun xdapat bentuk kiub..


ubi kentang yang dikupas terlebih dahulu. kalau masak senang nak kupas tau. kalau nak cepat, tak perlu kupas, basuh bersih-bersih dan rebus. lepas tu potong je empat segi seketul besar. kulit tu akan tercabut dengan sendiri kan? lepas tu bolehla potong kiub sebesar 2.5 cm.


ini pula basic viniaggratte yang telah siap dibuat dan di bungkus dengan wrapperCampurkan vinaigrette, garam dan lada sulah. Masukkan kentang dan gaul sekata tanpa merosakkan teksturnya. itulah pentingnya jangan terlebih masak ubi kentang. nanti gaul hancur pula. lepastu sejukkan di dalam peti sejuk. tau x kenapa perlu masukkan dalam peti sejuk???????????? hahaa.. dah agak sejuk, keluarkan dan masukkan seleri, bawang dan parsli. Gaul perlahan-lahan ya. takut lari bentuk.huhuu.. lepastu masukkan mayonis. Gaul sekata.. Simpan di tempat sejuk sehingga masa menghidang. haaaaaa masuk peti sejuk lagi. kenapa ya?


inilah hasilnya apabila siap dihias dengan strip of capsicum. hirisan daun pasli dapat menaikkan lagi hiasannya. hias ikut kreativit masing-masinglah. haa.. nilah pentingnya letak dalam peti sejuk atau chiller terlebih dahulu. potato salad ni sesuai dimakan sejuk dan paling penting, semasa penyediaannya bila kita gaul, sejukkan, gaul dan sejukkan untuk mengurangkan kerosakan pada bentuk kiubnya. 

         ~ ~ ~selamat mencuba~ ~ ~  ~ ~ ~selamat mencuba~ ~ ~  ~ ~ ~selamat mencuba~ ~ ~