CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label MINGGU 5. Show all posts
Showing posts with label MINGGU 5. Show all posts

Monday, April 1, 2013

DEVILED EGG

assalamualaikum semua..

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

bahan-bahannya seperti di atas

telur yang telah direbus. teknik rebus telur yang terbaik. haa jangan amik mudah ya rebus telur ni. xsemua org tahu teknik yang betul. ikuti~
- didihkan air sehingga 100 degree celcius. pastikan air cukup untuk meneggelamkan telur nanti
-masukkan sedikit cuka dan garam (fungsi cuka untuk mencantikkan tekstur telur tersebut bagi nampak licin dan bersinar. selain tu, nak bagi senang kupas. garam plak untuk meninggikan suhu air tuh, bagi masak sekata)
- bila air dah mendidih perlahankan api, kemudian masukkan telur yang telah dibasuh bersih tadi. kalau kita msak telur terus masukkan terus ketika air sejuk dan panaskan atas api. kulit telur tersebut akan pecah. so elakkanlah..

telur yang dah disejukkan dikupas dan dibelah 2.

isinya kuningnya dilenyek dengan sudu dan digaul bersama dengan bahan-bahan lain. sesuaikan rasa dan boleh dihidangkan denga piping ke dalam telur putih kembali.

tadaaaaa... cantik x? macam sedap sgat kan? saya suka kalau mayonis lebih.rasa lemak-lemak gitu..jangan terlebih pula.nanti cair isinya.

~~selamat mencuba~~

SHITAKE CANAPE

assalamualaikum semua..

KLIK UNTUK RESEPI YANG JELAS

inilah gambar untuk bahan-bahannya. ada salad, kubis, tomato ceri, mayonis, tuna, roti, cendawan shitake dan kepingan ayam turki. 


CARA PENYEDIAAN:
  1. Roti putih dipotong saiz kecil dan dipelbagaikan jenis potongan supaya kelihatan menarik. Asingkan.
  2. Kemudian hancurkan isi ikan tuna dengan sudu di dalam mangkuk. roti putih yang dilapikkan dengan daun salad di letakkan hancuran tuna tadi. Sapukan pula mayonis secukupnya di atas inti.
  3. Setelah itu susunkan kepingan isi ayam Turki dan tomato ceri.
  4. Akhir sekali, letakkan roti berinti tadi di atas cendawan shitake yang telah direbus.
  5. Sedia untuk dimakan. sebenarnya untuk topping mahupun isinya terpulanglah dekat selera masing-masing. nak yang mana atas, yang mana bawah tidak menjadi masalah. hiasan yang cantik mampu membangkitkan selera makan. tuna tu pula, nak gaul dengan bawang merah, mayonis sekali pun xpe. xnk gaul. nak letak tuna dulu baru mayonis pun boleh

inilah hasilnya. 

SELAMAT MENCUBA~

MAYONIS

                     assalamualaikum semua..

KLIK UNTUK RESEPI YANG LEBIH JELAS
bahan-bahan yang diperlukan:
(kuantiti ikut sukatan dalam gambarajah di atas ya)

 
boleh tengok proses pukul telur kuning kat sini
NFS~PUKUL TELUR KUNING 1 

boleh tengok proses pukul telur kuning kat sini
  1. Pukul telur kuning sehingga gebu. Masukkan cuka dan pukul sebati. pastikan kuning telur dipukul sehingga bertukar menkadi putih. lihat perbezaan warna pada gambar di atas. kalau guna mesin lagi jadi. tapi guna manual pn boleh juga.penatla sikit.
  2. Masukkan bahan-bahan kering dan kacau rata.
  3. Masukkan salad oil perlahan-lahan sedikit demi sedikit.
  4. Apabila mayonis memekat, kurangkan kepekatan dengan sedikit cuka. Kacau berselang-seli dengan lebihan minyak.
  5. Sesuaikan rasa dan kepekatan menggunakan jus lemon dan siap!! boleh digunakan dalam penyediaan potato salad..
~~selamat mencuba~~

BASIC VINAIGRETTE

assalamualaikum semua..

klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
campurkan semua bahan. dah sesuaikan rasa.
kalau saya, saya xsuka sngat cuka.so boleh kurangkan.
sepatutnya rasa dia perlu tajam dan menyengat.
boleh digaul bersama potato salad

ini adalah ramuan yang telah siap digaulkan.
simpan dan bungkus dulu.
nanti nak guna kene kacau dulu

SELAMAT MENCUBA~

Sunday, March 31, 2013

POTATO SALAD

assalamuailaikum dan salam sejahtera semua~~~

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS


inilah bahan-bahan masakan pada minggu ini. ikut kuantiti dan sukatan dalam jadual yang di senaraikan di atas ya.


mula-mula sekali pilih ubi kentang yang berkualiti, basuh kulit sebersih-bersihnya dan rebus. rebus macam biasalah, masukkan air melebihi paras ubi kentang tersebut. (ubi kentang tenggelam la maksudnya). masak sehingga empuk. macam mana nak tau empuk ke x? senang je.. boleh test dengan garfu atau lidi. cucuk je.. kalau laju masuk dah ok tu.. dah masak boleh toskan tunggu dia sejuk, nanti senang sikit nak kupas kulitnya. ala..macam buat mash potato tu. tapi pastikan jangan terlalu empuk ya. nanti nak potong pun susah. hancur tak pun xdapat bentuk kiub..


ubi kentang yang dikupas terlebih dahulu. kalau masak senang nak kupas tau. kalau nak cepat, tak perlu kupas, basuh bersih-bersih dan rebus. lepas tu potong je empat segi seketul besar. kulit tu akan tercabut dengan sendiri kan? lepas tu bolehla potong kiub sebesar 2.5 cm.


ini pula basic viniaggratte yang telah siap dibuat dan di bungkus dengan wrapperCampurkan vinaigrette, garam dan lada sulah. Masukkan kentang dan gaul sekata tanpa merosakkan teksturnya. itulah pentingnya jangan terlebih masak ubi kentang. nanti gaul hancur pula. lepastu sejukkan di dalam peti sejuk. tau x kenapa perlu masukkan dalam peti sejuk???????????? hahaa.. dah agak sejuk, keluarkan dan masukkan seleri, bawang dan parsli. Gaul perlahan-lahan ya. takut lari bentuk.huhuu.. lepastu masukkan mayonis. Gaul sekata.. Simpan di tempat sejuk sehingga masa menghidang. haaaaaa masuk peti sejuk lagi. kenapa ya?


inilah hasilnya apabila siap dihias dengan strip of capsicum. hirisan daun pasli dapat menaikkan lagi hiasannya. hias ikut kreativit masing-masinglah. haa.. nilah pentingnya letak dalam peti sejuk atau chiller terlebih dahulu. potato salad ni sesuai dimakan sejuk dan paling penting, semasa penyediaannya bila kita gaul, sejukkan, gaul dan sejukkan untuk mengurangkan kerosakan pada bentuk kiubnya. 

         ~ ~ ~selamat mencuba~ ~ ~  ~ ~ ~selamat mencuba~ ~ ~  ~ ~ ~selamat mencuba~ ~ ~