PAVLOVA
(Cold) !!!
Bahan
2
biji putih telur
100g gula kastor
1tsp tepung jagung
1tsp esen vanila
1tsp cuka masakan
100
ml krim putar
50g strawberi
50g kiwi
50g mangga
½
tsp garam
Cara penyediaan
- Panaskan oven ke suhu 150°C. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak.
- Putarkan putih telur dan garam sehingga gebu. Tambahkan gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Putar laju selama 3 minit atau sehingga adunan menjadi gebu berkilat.
- Tambahkan tepung jagung, cuka masakan dan esen vanila. Putar sehingga kental. (meringue)
- Gunakan spatula untuk mengaup meringue dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
- Bakar selama 1 jam pada suhu 120 °C. Pavlova seharusnya berasa kering rapuh apabila disentuh. Tutup api oven dan biarkan sejuk di dalam oven.
- Putar whipped cream sehingga kental. Letakkan atas pavlova dan hias dengan buah-buahan.
MANGO MOUSSE (Cold) !!!
Bahan
1
biji mangga (dicencang halus)
½ biji lemon
(diambil jus)
1tsp gelatin
½
cwn gula aising (diayak)
1
tbsp gelatin
¼
cup hot water
300g krim putar
Air
Cara penyediaan
1.
Kisar mangga bersama jus
lemon dan aising sugar.
2.
Larutkan gelatin dalam air
panas. Tuangkan ke dalam kisaran mangga dan kacau sebati.
3.
Masukkan whipped cream dan kacau sebati. Hidang
dalam bekas yang sesuai.
APPLE PIE (Hot) !!!
Bahan kulit pai
250g tepung serbaguna
100g mentega
75g gula aising
1
biji telur
1.
Gaulkan tepung, mentega,
gula dan uli sehingga adunan menjadi
seperti berderai.
2.
Kemudian masukkan telur dan
gaul sehingga ia menjadi doh yang lembut.
Bahan inti pai
2
biji epal
100g gula perang
1tbsp gula kastor
50g kismis
½
inci kulit
kayu manis
½
tbsp tepung jagung
50
ml air
Cara penyediaan inti pai
1. Potong
dadu epal dan masak bersama gula perang dan gula kastor.
2. Setelah
gula larut, masukkan kulit kayu manis dan gaul sehingga naik bau.
3. Apabila
epal hampir empuk, masukkan tepung jagung yang dicampur air agar inti menjadi
sedikit pekat.
4. Biarkan
sejuk setelah inti masak.
Cara penyediaan Pai
1. Giling
atau rolkan adunan doh tadi sehingga rata dan sama tebal.
2. Letakkan
inti yang telah dimasak tadi ke atas doh yang telah digiling.
3. Lipat
doh tersebut kepada dua bahagian dan potong bahagian doh yang berlebihan agar
pai kelihatan cantik dan kemas.
0 comments:
Post a Comment